Thursday 30 May 2013

GOLDEN HOLIDAY!!!

Golden Holiday merupakan satu program latihan semasa cuti sekolah untuk semua pelajar.



Pelajar dikehendaki:
  • KLIK untuk muat turun soalan.
  • mencetak ATAU muat turun soalan latihan mengikut tingkatan masing-masing.
  • membuat latihan semasa cuti sekolah.
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru matapelajaran masing-masing.

Selamat Bercuti dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Wednesday 29 May 2013

Program Guru Muda Matematik Tambahan

     

 Satu program Guru Muda Matematik Tambahan telah diadakan di Dewan Besar SMK Iskandar Shah pada ketetapan berikut :
pelajar bertanya sesuatu kepada Guru Muda

Hari   : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari


Antara Guru Muda yang terlibat

     Seramai 161 orang peserta dan Guru Muda telah menyertai program ini. Hasil dari tinjauan menunjukkan rata - rata peserta berpuashati dengan tunjuk ajar Guru Muda yang hasil kerjanya turut dipantau oleh beberapa orang guru.

asyik.... pelajar tekun mendengar penerangan dari Guru Muda

Guru sebagai pemantau

Monday 20 May 2013

Laporan Program Cemerlang Pedagogi, Cemerlang Prestasi Matematik Tambahan Siri 1







Panitia Matematik Tambahan Daerah Jasin 2013 dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Derah
Jasin telah mengadakan program seperti berikut:



Tarikh :18 Mei 2013
Masa   : 830 pagi - 1200 tengahari

Tempat : Bilik Tayang SMK Iskandar Shah
Penceramah : Tn. Hj. Busrah Md Seh (SMK Jasin)

Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada guru-guru Matematik Tambahan Derah
Jasin. Sesi tersebut merangkumi perkongsian profesional dan perbincangan Kertas 1 dan Kertas
2 SPM. Guru-guru telah didedahkan cara-cara mengajar sesuatu topik susah dengan
pendekatan yang lebih mudah difahami oleh pelajar terutamanya pelajar-pelajar lemah dalam
Matematik Tambahan.

Tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Busrah dan semoga beliau
dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.


Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU



Panitia Matematik SMK Iskandar Shah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Iskandar Shah. Semoga semua warga pendidik terus bersatu dalam memartabatkan profesion perguruan.


Monday 13 May 2013

KENKEN...Puzzles that make you smarter



Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia...
Apa itu kenken..?
Satu permain yang menguji kemahiran minda yang seakan-akan permainan SUDOKU..
Jom cuba main secara maya..Klik sini untuk main kenken

Saturday 11 May 2013

SELAMAT MENJAWAB

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Semoga dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 
TAHUN 2013

TINGKATAN 5
  9 MEI 2013    KHAMIS
 11.30 -12.45tgh     Matematik 1
 
13 MEI 2013    ISNIN       
8.30 - 11.00pg      Matematik 2
                   
15 MEI 2013    RABU      
8.30 - 11.00pg      Matematik Tambahan 2  

15 MEI 2013    RABU       
12.00 - 2.00ptg     Matematik Tambahan 1    

TINGKATAN 4
13 MEI 2013     ISNIN       
12.40 -2.40ptg     Matematik                        

15 MEI 2013     RABU      
8.30 - 11.00pg    Matematik Tambahan        

TINGKATAN 3
17 MEI 2013     JUMAAT  
7.50 - 9.05pg      Matematik 1
                      
17 MEI 2013     JUMAAT  
9.15 - 11.00pg    Matematik 2              
       
Kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 pula, PBS adalah
P - Pelajar
B - Bersedia
S - Sentiasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...