Friday, 30 December 2011

Mesyuarat Panitia 1/2012

Mesyuarat Panitia Matematik & Matematik Tambahan telah berlangsung pada 29 Disember 2012 bertempat di Bilik Tayang. Tahniah kepada ahli panitia yang hadir. Semoga kita semua dapat terus bekerjasama dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Antara ahli panitia yang hadir.

Mandat dan dasar dari Ketua Panitia yang berwibawa.

Ahli Panitia yang masih tekun mendengar dan memberi pandangan.

Thursday, 22 December 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PMR 2011


ANALISIS KEPUTUSAN MATEMATIK PMR 2011 
BERBANDING PMR 2010

TAHUN
BIL CAL
A
B
C
D
E
LULUS
%LULUS
GPMP
2011
199
138
69.3%
42
21.1%
14
7.0%
5
2.5%
0
0.0%
199
100%
1.43
2010
216
119
55.1%
56
25.9%
34
15.7%
7
3.2%
0
0.0%
216
100%
1.67








Suasana di hari Penyampaian Slip PMR - gambar ihsan dari UBK

Tahniah kepada semua calon dan guru yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti dalam prestasi mata pelajaran Matematik PMR 2011. Semoga pencapaian PMR 2012 akan  lebih cemerlang.

Saturday, 12 November 2011

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2011

      

Peperiksaan SPM bermula pada 14 November 2011. Untuk makluman semua pelajar, kertas Matematik dan MatematikTambahan adalah seperti berikut :
(sila klik untuk besarkan gambar)


Kepada semua calon diingatkan untuk membawa bersama:
1. Kad pengenalan
2. Slip peperiksaan
3. Alat tulis
4. Kalkulator
5. Set geometri

Calon hendaklah menjawab dengan tenang, jawab yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan soalan yang sukar.
Antara calon SPM 2011 - gambar ihsan dari Pn. Munira

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Doa kami sebagai pendidik semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.

Semoga Berjaya!!

Saturday, 29 October 2011

PROGRAM CUTI TERANCANG




Program Cuti Terancang merupakan satu program latihan semasa cuti sekolah untuk murid-murid Tingkatan 1 , 2 dan 4.


Murid-murid dikehendaki:
  • sila KLIK untuk muat turun soalan.
  • mencetak ATAU muat turun soalan latihan tersebut,
  • menyiapkan latihan semasa cuti sekolah,
  • menyerahkan hasil kerja kepada guru matapelajaran matematik pada minggu pertama 2012


Sebarang masalah atau pertanyaan sila emelkan kepada panitia_matematik@yahoo.com

Selamat Bercuti dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Tuesday, 25 October 2011

HAPPY DEEPAVALI

We wish all the Hindu teachers and students of SMK Iskandar Shah
a Happy Deepavali.

From the Mathematics Panel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...