Berikut disertakan soalan - soalan untuk Program Cuti Terancang bagi cuti pertengahan penggal pertama 2012.
Pelajar boleh membuat latihan mengikut tingkatan masing - masing. Bagi pelajar tingkatan 3, anda boleh juga membuat latihan tingkatan 1 dan 2 sebagai latihan tambahan.
Bagi pelajar tingkatan 5, sila jawab soalan tingkatan 4 dan 5.
SELAMAT BERCUTI DAN JANGAN LUPA MENGULANGKAJI PELAJARAN !!!
Friday, 9 March 2012
Sunday, 5 February 2012
Salam Maulidurrasul
Sunday, 22 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
Salam 1 Malaysia. Semua Ahli Panitia Matematik mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh warga SMKIS khususnya para guru dan pelajar yang berketurunan Tionghua.
Semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan yang lebih berganda.
Thursday, 5 January 2012
Selamat Kembali Ke Sekolah....!!
Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar SMK Iskandar Shah. Semoga azam dan semangat untuk terus gemilang sentiasa mengiringi kalian semua.
Bagi pelajar tingkatan 4 yang mengambil pakej Matematik Tambahan boleh mendapatkan program BEAMS dari blog ini sebagai asas kepada mata pelajaran tersebut.
Pelajar juga boleh mendapatkan program Pintar Algebra sebagai pengukuhan asas Matematik Moden. Semoga dengan kegigihan dan usaha pelajar semua akan membuahkan kejayaan yang gemilang seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah.
Friday, 30 December 2011
Mesyuarat Panitia 1/2012
Mesyuarat Panitia Matematik & Matematik Tambahan telah berlangsung pada 29 Disember 2012 bertempat di Bilik Tayang. Tahniah kepada ahli panitia yang hadir. Semoga kita semua dapat terus bekerjasama dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih gemilang.
Antara ahli panitia yang hadir.
Mandat dan dasar dari Ketua Panitia yang berwibawa.
Ahli Panitia yang masih tekun mendengar dan memberi pandangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
