Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5 Alfa, 5 Beta, 5 Gamma, 5 Omega dan 5 Amanah. Satu program teknik menjawab akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 29 September 2012
Masa : 8.30 am - 12.00 pm
Tempat : Dewan Makan Asrama
Penceramah : Mr. Yong Kong Yau
Kehadiran adalah diwajibkan.
Friday, 28 September 2012
Tuesday, 25 September 2012
PROGRAM GURU MUDA MATEMATIK TAMBAHAN
Satu perjumpaan kedua akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 29 / 9 / 2012
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Kelas 4 Amanah
Kedatangan adalah diwajibkan bagi mereka yang terlibat

Wednesday, 19 September 2012
SATU LAGI BERITA BAIK....!
Salam sejahtera kepada semua pelajar SMK Iskandar Shah..Satu lagi berita baik yang ingin dikongsi dengan semua pelajar..Soalan Percubaan SPM Matematik [Klik di sini] dan Soalan Percubaan Matematik Tambahan [Klik di sini] yang terkini iaitu tahun 2012 untuk dikongsi bersama supaya pelajar dapat membuat latihan secara maya. Kemudian, latihan tersebut boleh dihantar kepada guru yang mengajar untuk semakan bagi kertas yang tidak mempunyai jawapan. Selamat mencuba!!!
Monday, 13 August 2012
Ramadhan : Kemanisan di akhir perjuangan..
Indahnya Ramadhan setiap permintaan hambaMu yang berpuasa Engkau kabulkan,
Demi Ramadhan ini Ya Allah,
Engkaulah yang punya kesejahteraan, dariMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan,
justeru itu, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan.
Ya Allah, kami ini hambaMu yang lemah, maka perkuatkanlah, kami ini hambaMu yang hina, maka muliakanlah, kami ini hambaMu yang fakir, maka percukupkanlah keperluan kami.
Demi Ramadhan ini, Ya Allah, kami berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan kami berlindung dengan kemaafanMu dari seksaanMu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat berikan apa yang Engkau tahankan.
Ya Allah kurniakanlah kekuatan, kerajinan, rasa kehambaan dan kebahagiaan kepada kami. Maka dengan kekuatan itulah kami gunakan untuk mentaatiMu, kerajinan kami untuk beribadah kepadaMu, kehambaan kami untuk memperoleh ganjaranMu, dan kebahagiaan kami terhadap maghfirahMu.
Demi Ramadhan ini Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada lemah dan malas, daripada penakut dan kedekut, daripada miskin dan hina, daripada merasa lepas dan bebas. Kami berlindung denganMu daripada kefakiran dan kekufuran, daripada fasik dan munafik serta daripada sombong dan riak.
Ya Allah, berilah tambahan kepada kami dan janganlah Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan janganlah Engkau hinakan.
Demi Ramadhan ini Ya Allah, kurniakan kepada kami :
Keselamatan yang memperkuat ketaatan kepadaMu
Ibadah yang memastikan kelimpahan pahalaMu
Keleluasan rezeki yang halal
Kau tenteramkan kami ditempat ketakutan dengan perlindunganMu
Kau lindungi kami dari gundah-gulana dengan bentengMu.
Ya Allah, cukupkanlah akan kami dengan rezeki yang halal yang telah Engkau kurniakan dan jauhkanlah kami daripada rezeki yang Engkau haramkan. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah merupakan Ramadhan yag terakhir buat kami..
amin Ya Rabbal A'lamin.....

Sunday, 5 August 2012
BERITA BAIK....!
Berita baik ingin dikongsi bersama dengan semua pembaca dan pelajar SMK Iskandar Shah. Blog panitia Matematik telah menambah satu lagi 'pages' untuk diikuti. 'Pages' tersebut ialah e - pembelajaran.
Di dalam 'pages' tersebut mengandungi berbagai-bagai tajuk dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk diikuti secara maya. Para pelajar boleh mengakses sendiri bahan tersebut untuk mendapatkan penerangan tentang sesuatu tajuk yang kurang difahami.
Semoga dengan tercetusnya 'pages' e - pembelajaran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan maklumat tambahan kepada topik-topik yang kurang difahami.

Subscribe to:
Posts (Atom)