Tuesday, 6 November 2012

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2012



                                       
Peperiksaan SPM bermula pada 5 November 2012. Untuk makluman semua pelajar, kertas Matematik dan MatematikTambahan adalah seperti berikut :


Kepada semua calon diingatkan untuk membawa bersama:
1. Kad pengenalan
2. Slip peperiksaan
3. Alat tulis
4. Kalkulator
5. Set geometri





Calon hendaklah menjawab dengan tenang, jawab yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan soalan yang sukar.

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Doa kami sebagai pendidik semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.

Semoga Berjaya!!

Anugerah Blog Panitia Terbaik


Ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada semua ahli Panitia Matematk yang telah bekerjasama dalam menjayakan blog Panitia Matematik sehingga berjaya merangkul anugerah Blog Panitia Terbaik pada Malam Anugerah Inovasi yang berlangsung pada 31 Oktober 2012 yang lepas.


Antara blog Panitia yang tercalon

Semoga dengan anugerah yang diperolehi itu dapat menjadikan ahli Panitia Matematik lebih gigih lagi dalam menjayakan Visi dan Misi Sekolah. Disamping itu, semoga dengan anugerah itu juga dapat meningkatkan lagi   pengunjung bagi laman web panitia Matematik.

Ketua Panitia..Pn. Ling Yuk Chi menerima sijil dan trofi dari Pengeusi PIBG
Bilangan pengunjung setakat artikel ini diterbitkan ....21302

Tuesday, 30 October 2012

Pameran Inovasi

Tahniah dan syabas kepada semua  ahli panitia Matematik dan Matematik Tambahan serta pelajar yang telah memberi sokongan dalam menjayakan Pameran Inovasi Tahun 2012. Pameran yang telah disertai oleh semua Panitia SMK Iskandar Shah adalah seperti ketetapan berikut: 
       Tarikh   : 30 Oktober 2012
       Masa    : 8.00 pagi
       Tempat : Dewan Besar SMK Iskandar Shah

Pelajar yang berkunjung ke tempat pameran mencuba permainan matematik yang diberikan

jom cuba lukis...antara permainan yang disediakan


Slide blog untuk pelajar yang berminat menjelajah blog Matematik


tekun untuk mencari penyelesaian

kena cuba nie...

menarik...mainan yang menguji minda dan skill

susun-susun blok...tengok apa yang jadi...

petugas menunjukkan cara yang sebenar kepada penyelesaiannya

antara guru yang bertugas di tempat pameran

kreatif..hasil kerja tangan pelajar

Tuesday, 23 October 2012

Jawapan Matematik Kertas 1 2012

Kepada pelajar tingkatan 3 yang ingin menyemak jawapan Matematik kertas 1 adalah dialu-alukan untuk melihat jawapan seperti berikut :

Jawapan disediakan oleh En. Zainal Fitri  Bin Buang
Walau bagaimanapun, jawapan ini masih boleh diperbincangkan lagi. Sekiranya terdapat permasalahan sila rujuk kepada En. Zainal Fitri.


Tuesday, 16 October 2012

TAHNIAH & TERIMA KASIH

Panitia Matematik mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua GURU MUDA yang terlibat dalam program Guru Muda Matematik Tambahan yang telah berlangsung baru-baru ini. Jasa dan khidmat kalian tetap akan dikenang. Semoga dengan tercetusnya program ini dapat  membantu pelajar yang kurang berkemahiran tinggi dalam subjek Matematik Tambahan. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...