Thursday, 31 October 2013

Happy deepavali

deepavali greetings card

Semua Ahli Panitia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga SMK Iskandar Shah khususnya kepada Pn. Vasuki a/p Annamalai dan En. Ravisantharan selaku tenaga pengajar. Semoga keriangan pada tahun berlipat kali ganda berbanding dengan segalanya.

Thursday, 10 October 2013

SOALAN PERCUBAAN SPM 2013

Kepada pelajar yang menjadi calon SPM 2013, sila lihat koleksi soalan percubaan peperiksaan SPM 2013 MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN untuk dijadikan sebagai latihan kendiri. SEMOGA BERJAYA!!

Wednesday, 2 October 2013

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2013

Peperiksaan PMR bermula pada 2 OKTOBER 2013. Untuk makluman semua pelajar, kertas Matematik adalah seperti berikut :


Kepada semua calon diingatkan untuk membawa bersama:
1. Kad pengenalan
2. Slip peperiksaan
3. Alat tulis
4. Kalkulator
5. Set geometri

Calon hendaklah menjawab dengan tenang, jawab yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan soalan yang sukar.

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Doa kami sebagai pendidik semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.

Semoga Berjaya!!

Wednesday, 25 September 2013

Program Kecemerlangan Pelajar ASPURI SMKIS 2013


Pada 20, 21 dan 22 Sept 2013 yang lalu, satu program telah dijalankan di Asrama Puteri SMK Iskandar Shah. Program berbentuk kecemerlangan itu dinamakan sebagai Program Kecemerlangan Pelajar ASPURI SMKIS 2013. Pelajar asrama yang terlibat dibahagikan ke dalam kumpulan yang kecil untuk lebih memudahkan proses mencapai objektif program tersebut di mana kejayaan menjadi tunggak utama.


Matapelajaran Matematik SPM, Matematik PMR dan Matematik Tambahan adalah antara pelajaran yang terlibat dalam program tersebut. Tahniah kepada pelajar yang dapat memanfaatkan program tersebut dan tahniah juga kepada guru yang memberi kerjasama dan dapat hadir untuk menjayakan program tersebut.





Friday, 13 September 2013

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN


Pada 11 September 2013 yang lalu, Panitia Matematik telah menganjurkan satu program Teknik Menjawab Matematik Tambahan yang bertempat di Surau Asrama yang lama. Seramai 60 orang pelajar telah berjaya hadir program tersebut. Tetamu jemputan yag datang pada hari tersebut ialah En. Ab Fatah Bin Abdul yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Tun Perak.


Antara pelajar yang hadir

Guru yang hadir

Antara pelajar cemerlang Matematik Tambahan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...