Monday 13 August 2012

Ramadhan : Kemanisan di akhir perjuangan..

Indahnya Ramadhan setiap permintaan hambaMu yang berpuasa Engkau kabulkan,

Demi Ramadhan ini Ya Allah,
Engkaulah yang punya kesejahteraan, dariMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan,
justeru itu, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan.

Ya Allah, kami ini hambaMu yang lemah, maka perkuatkanlah, kami ini hambaMu yang hina, maka muliakanlah, kami ini hambaMu yang fakir, maka percukupkanlah keperluan kami.

Demi Ramadhan ini, Ya Allah, kami berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan kami berlindung dengan kemaafanMu dari seksaanMu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat berikan apa yang Engkau tahankan.

Ya Allah kurniakanlah kekuatan, kerajinan, rasa kehambaan dan kebahagiaan kepada kami. Maka dengan kekuatan itulah kami gunakan untuk mentaatiMu, kerajinan kami untuk beribadah kepadaMu, kehambaan kami untuk memperoleh ganjaranMu, dan kebahagiaan kami terhadap maghfirahMu.

Demi Ramadhan ini Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada lemah dan malas, daripada penakut dan kedekut, daripada miskin dan hina, daripada merasa lepas dan bebas. Kami berlindung denganMu daripada kefakiran dan kekufuran, daripada fasik dan munafik serta daripada sombong dan riak.

Ya Allah, berilah tambahan kepada kami dan janganlah Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan janganlah Engkau hinakan.

Demi Ramadhan ini Ya Allah, kurniakan kepada kami :
Keselamatan yang memperkuat ketaatan kepadaMu
Ibadah yang memastikan kelimpahan pahalaMu
Keleluasan rezeki yang halal
Kau tenteramkan kami ditempat ketakutan dengan perlindunganMu
Kau lindungi kami dari gundah-gulana dengan bentengMu.

Ya Allah, cukupkanlah akan kami dengan rezeki yang halal yang telah Engkau kurniakan dan jauhkanlah kami daripada rezeki yang Engkau haramkan. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah merupakan Ramadhan yag terakhir buat kami..

amin Ya Rabbal A'lamin.....

Sunday 5 August 2012

BERITA BAIK....!

Berita baik ingin dikongsi bersama dengan semua pembaca dan pelajar SMK Iskandar Shah. Blog panitia Matematik telah menambah satu lagi 'pages' untuk diikuti. 'Pages' tersebut ialah e - pembelajaran.
Di dalam 'pages' tersebut mengandungi berbagai-bagai tajuk dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk diikuti secara maya. Para pelajar boleh mengakses sendiri bahan tersebut untuk mendapatkan penerangan tentang sesuatu tajuk yang kurang difahami.

Semoga dengan tercetusnya 'pages' e - pembelajaran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan maklumat tambahan kepada topik-topik yang kurang difahami.

Friday 3 August 2012

Selamat Menjawab.....!

Semua guru Matematik dan Matematik Tambahan mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan percubaan PMR pada minggu hadapan iaitu              7 Ogos - 13 Ogos 2012.

Pelajar juga turut diingatkan agar tidak terlupa untuk membawa kalkulator dan jangka lukis pada hari berikut :

Khamis - 9 Ogos 2012
Matematik 2 : 8.15am - 10.00am
Matematik 1 : 10.45am - 12.00pm

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.
JADUAL PEPERIKSAAN turut disertakan disini.

Thursday 2 August 2012

Panggilan Mesyuarat Panitia Matematik kali 3/ 2012

Kepada semua ahli Panitia Matematik & Matematik Tambahan,
   
Satu mesyuarat panitia kali ke 3/2012 akan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh  : 7 Ogos 2012
Hari      : Selasa
Masa    : 3 petang
Tempat : Bilik Matematik

Semua ahli panitia dijemput hadir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...