Saturday, 28 December 2013

LAPORAN KBAT


Sehubungan dengan kursus KBAT yang telah dihadiri oleh sebilangan besar ahli panitia Matematik & Matematik Tambahan, berikut ialah LAPORAN KBAT 2013.

Friday, 1 November 2013

Semoga Menempuh Peperiksaan SPM

usaha doa dan tawakkal

Peperiksaan SPM bermula pada 6 November 2013. Untuk makluman semua pelajar, kertas Matematik dan MatematikTambahan adalah seperti berikut :


Kepada semua calon diingatkan untuk membawa bersama:
1. Kad pengenalan
2. Slip peperiksaan
3. Alat tulis
4. Kalkulator
5. Set geometri


semoga kejayaan milik kalian semua


Calon hendaklah menjawab dengan tenang, jawab yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan soalan yang sukar.

antara calon cemerlang spm
Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Doa kami sebagai pendidik semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.

Semoga Berjaya!!


Thursday, 31 October 2013

Happy deepavali

deepavali greetings card

Semua Ahli Panitia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga SMK Iskandar Shah khususnya kepada Pn. Vasuki a/p Annamalai dan En. Ravisantharan selaku tenaga pengajar. Semoga keriangan pada tahun berlipat kali ganda berbanding dengan segalanya.

Thursday, 10 October 2013

SOALAN PERCUBAAN SPM 2013

Kepada pelajar yang menjadi calon SPM 2013, sila lihat koleksi soalan percubaan peperiksaan SPM 2013 MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN untuk dijadikan sebagai latihan kendiri. SEMOGA BERJAYA!!

Wednesday, 2 October 2013

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2013

Peperiksaan PMR bermula pada 2 OKTOBER 2013. Untuk makluman semua pelajar, kertas Matematik adalah seperti berikut :


Kepada semua calon diingatkan untuk membawa bersama:
1. Kad pengenalan
2. Slip peperiksaan
3. Alat tulis
4. Kalkulator
5. Set geometri

Calon hendaklah menjawab dengan tenang, jawab yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan soalan yang sukar.

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Doa kami sebagai pendidik semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian semua.

Semoga Berjaya!!

Wednesday, 25 September 2013

Program Kecemerlangan Pelajar ASPURI SMKIS 2013


Pada 20, 21 dan 22 Sept 2013 yang lalu, satu program telah dijalankan di Asrama Puteri SMK Iskandar Shah. Program berbentuk kecemerlangan itu dinamakan sebagai Program Kecemerlangan Pelajar ASPURI SMKIS 2013. Pelajar asrama yang terlibat dibahagikan ke dalam kumpulan yang kecil untuk lebih memudahkan proses mencapai objektif program tersebut di mana kejayaan menjadi tunggak utama.


Matapelajaran Matematik SPM, Matematik PMR dan Matematik Tambahan adalah antara pelajaran yang terlibat dalam program tersebut. Tahniah kepada pelajar yang dapat memanfaatkan program tersebut dan tahniah juga kepada guru yang memberi kerjasama dan dapat hadir untuk menjayakan program tersebut.





Friday, 13 September 2013

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN


Pada 11 September 2013 yang lalu, Panitia Matematik telah menganjurkan satu program Teknik Menjawab Matematik Tambahan yang bertempat di Surau Asrama yang lama. Seramai 60 orang pelajar telah berjaya hadir program tersebut. Tetamu jemputan yag datang pada hari tersebut ialah En. Ab Fatah Bin Abdul yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Tun Perak.


Antara pelajar yang hadir

Guru yang hadir

Antara pelajar cemerlang Matematik Tambahan


Saturday, 17 August 2013

Program R-cube (Revise, Remember, Rejoice)

    Seramai 62 orang pelajar tingkatan 5 dan 76 orang pelajar tingkatan 3 telah berjaya hadir ke program       R - cube.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah hadir dan jutaan terima kasih juga kepada tenaga pengajar yang turut sama menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut.

Antara guru yang turut hadir



Antara pelajar tingkatan 3 yang hadir


Tekun mendengar penerangan dari En. Neo

Antara pelajar tingkatan 5 yang hadir
Antara pelajar cemerlang SPM

Sunday, 11 August 2013

PROGRAM R - cube (Revise, Remember, Rejoice)

Dalam keriuhan menyambut Syawal, pihak sekolah akan mengadakan satu program digelar Program R - cube sebagai persediaan menjelang peperiksaan percubaan. Program R - cube tersebut diadakan untuk membantu pelajar dalam bidang akademik. Program tersebut adalah seperti berikut :




Sehubungan dengan itu, para pelajar adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menjayakan program tersebut disamping membantu diri dalam membuat persediaan menjelang peperiksaan PMR dan SPM.

Tuesday, 30 July 2013

HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTs)

HOTs dicetuskan melalui masalah bukan rutin, masalah yang tidak jelas atau dilema. HOTs ialah soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi perlu bagi membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta.

Mengapa perlu HOTs dalam Matematik?
Ia bertjuan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Rasional?
Berubah ke arah lebih daripada kefahaman asas dan rote memorization
• Meningkatkan tahap kefahaman
• Meningkatkan kemampuan menjustifikasikan penyelesaian dan dapatan.
• Konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan melalui HOTs.
• Meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea matematik memerlukan HOTs.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 akan menduduki satu ujian selaras yang berkaitan dengan perkara tersebut pada 30 Julai 2013.
Berikut adalah contoh soalan yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar semua. SELAMAT MENCUBA!!

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Trends In International Mathematics and Science Study (TIMSS)

contoh soalan
WHOLE NUMBERS
NUMBER PATTERNS AND SEQUENCES
FRACTIONS
DECIMALS
PERCENTAGES
INTEGERS
ALGEBRAIC EXPRESSIONS


Thursday, 13 June 2013

Insentif Guru Muda


Sebagi Insentif kepada Guru Muda, pihak sekolah telah menjemput Guru Muda untuk menjamu selera di KFC Jasin. Semoga dengan insentif ini, Guru Muda dapat bergiat dengan lebih aktif lagi di masa-masa akan datang.

Tengah pilih menu

Ceria dan gembira

Antara Guru Muda yang terlibat

Saturday, 8 June 2013

MAJLIS PERASMIAN MINGGU MATEMATIK
                        
                         Tarikh   : 10 Jun 2013
                         Hari      : Isnin
                         Tempat : Dataran Minda

Tentatif Program
             
                          7.45 pagi - Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
                                              - Tn Hj Ramli Bin Samat
                          8.00 pagi - Ucapan perasmian Tn Pengetua SMK Iskandar Shah
                                            - Tn Hj Zolkaply Bin Yunus
                          8.10 pagi - Gimik Perasmian Minggu Matematik
                                            - Pn Khadijah Binti Mohd Abdul Karim dan Pn Ling Yuk Chi
                          8.20 pagi - Penutup

Thursday, 30 May 2013

GOLDEN HOLIDAY!!!

Golden Holiday merupakan satu program latihan semasa cuti sekolah untuk semua pelajar.



Pelajar dikehendaki:
  • KLIK untuk muat turun soalan.
  • mencetak ATAU muat turun soalan latihan mengikut tingkatan masing-masing.
  • membuat latihan semasa cuti sekolah.
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru matapelajaran masing-masing.

Selamat Bercuti dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Wednesday, 29 May 2013

Program Guru Muda Matematik Tambahan

     

 Satu program Guru Muda Matematik Tambahan telah diadakan di Dewan Besar SMK Iskandar Shah pada ketetapan berikut :
pelajar bertanya sesuatu kepada Guru Muda

Hari   : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari


Antara Guru Muda yang terlibat

     Seramai 161 orang peserta dan Guru Muda telah menyertai program ini. Hasil dari tinjauan menunjukkan rata - rata peserta berpuashati dengan tunjuk ajar Guru Muda yang hasil kerjanya turut dipantau oleh beberapa orang guru.

asyik.... pelajar tekun mendengar penerangan dari Guru Muda

Guru sebagai pemantau

Monday, 20 May 2013

Laporan Program Cemerlang Pedagogi, Cemerlang Prestasi Matematik Tambahan Siri 1







Panitia Matematik Tambahan Daerah Jasin 2013 dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Derah
Jasin telah mengadakan program seperti berikut:



Tarikh :18 Mei 2013
Masa   : 830 pagi - 1200 tengahari

Tempat : Bilik Tayang SMK Iskandar Shah
Penceramah : Tn. Hj. Busrah Md Seh (SMK Jasin)

Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada guru-guru Matematik Tambahan Derah
Jasin. Sesi tersebut merangkumi perkongsian profesional dan perbincangan Kertas 1 dan Kertas
2 SPM. Guru-guru telah didedahkan cara-cara mengajar sesuatu topik susah dengan
pendekatan yang lebih mudah difahami oleh pelajar terutamanya pelajar-pelajar lemah dalam
Matematik Tambahan.

Tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Busrah dan semoga beliau
dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.


Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU



Panitia Matematik SMK Iskandar Shah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Iskandar Shah. Semoga semua warga pendidik terus bersatu dalam memartabatkan profesion perguruan.


Monday, 13 May 2013

KENKEN...Puzzles that make you smarter



Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia...
Apa itu kenken..?
Satu permain yang menguji kemahiran minda yang seakan-akan permainan SUDOKU..
Jom cuba main secara maya..Klik sini untuk main kenken

Saturday, 11 May 2013

SELAMAT MENJAWAB

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Semoga dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 
TAHUN 2013

TINGKATAN 5
  9 MEI 2013    KHAMIS
 11.30 -12.45tgh     Matematik 1
 
13 MEI 2013    ISNIN       
8.30 - 11.00pg      Matematik 2
                   
15 MEI 2013    RABU      
8.30 - 11.00pg      Matematik Tambahan 2  

15 MEI 2013    RABU       
12.00 - 2.00ptg     Matematik Tambahan 1    

TINGKATAN 4
13 MEI 2013     ISNIN       
12.40 -2.40ptg     Matematik                        

15 MEI 2013     RABU      
8.30 - 11.00pg    Matematik Tambahan        

TINGKATAN 3
17 MEI 2013     JUMAAT  
7.50 - 9.05pg      Matematik 1
                      
17 MEI 2013     JUMAAT  
9.15 - 11.00pg    Matematik 2              
       
Kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 pula, PBS adalah
P - Pelajar
B - Bersedia
S - Sentiasa

Monday, 15 April 2013

SYABAS DAN TAHNIAH !


Salam sejahtera, salam 1 Malaysia..
Panitia Matematik mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mr. Neo Kok Theong yang juga merupakan ahli panitia Matematik di atas pelantikan Guru Cemerlang Gred Khas C (Matematik).

Semoga dengan lantikan tersebut lebih membakar semangat dan motivasi beliau dalam menggilap kecemerlangan di SMK Iskandar Shah.Tahniah!

Tuesday, 29 January 2013

PROGRAM SENTUHAN KASIH


Bermula 31hb Januari 2013
Masa : 3.00 petang

3 Mutiara - Pn Fadzilah
3 Intan - En Zainalfitri
3 Delima - Pn Vasuki
3 Nilam - En Ravi

Pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar terpilih sahaja. Sila rujuk senarai nama yang dipaparkan

Monday, 14 January 2013

IN-HOUSE TRANING GSP



In-house traning telah dilaksanakan oleh Panitia Matematik seperti berikut:

Tarikh: 27 Disember 2012
Tempat : Bilik Matematik
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Bengkel GPS ini merupakan bengkel pertama bagi sesi 2013. 10 orang guru telah menyertai bengkel di peringkat Panitia Matematik ini. 

Antara peserta bengkel GSP yang hadir
En Neo Kok Theong merupakan penceramah pada hari tersebut

Tuesday, 8 January 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

        Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKIS dan selamat datang diucapkan kepada pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2013. Semoga semua pelajar dapat mencapai azam pada tahun baru ini. Bagi pelajar yang telah tingkatan 4 yang baru saja mendapat kejayaan yang cemerlag dalam peperiksaan PMR pada tahun 2012 diucapkan jutaan tahniah dan syabas.Semoga kejayaan terus mengiringi kalian semua. Bagi yang kurang berjaya, masih ada lagi peluang yang menanti.

PELAJAR TINGKATAN SATU SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...